Wednesday, April 29, 2009

dadaaaaa~~

TIDAK BEROPERASI DI DUNIA MAYA SEHINGGA 16 MEI....

JGN MERINDUI AKU
JGN INGAT AKU
JGN BUNUH DIRI KERANA AKU...HEHE

DADAAAAAAAAA
~~~
MyEm0.com

KISAH MAHMOUD AHMADINEJAD

Iktibar di sebalik kehidupan Presiden Iran


FOX News TV (Amerika Syarikat) di dalam temu ramahnya telah bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad: "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri"?.

Beliau menjawab: Saya melihat kepada insan yang berada di dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah,menanti di hadapan anda hari ini adalah suatu tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai orang sewaktu mula-mula tiba di pejabat presiden, apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Teheran dan menggantikannya dengan permaidani biasa yang murah. Selain daripada itu, beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirehat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang lebih kecil serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu sahaja. Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan para pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah dan pejabatnya.

Perkara pertama yang diisytiharkan oleh beliau selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang "Besar" iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977,sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah gaji yang diterima sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti yang berjumlah 250 Dolar Amerika sebulan. Sehingga kini beliau masih tinggal di rumahnya itu. Ini hanyalah sebahagian kisah pemimpin yang berhati murni. Walaupun beliau bermazhab syiah tetapi gaya hidupnya mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Adakah Perdana Menteri kita yang mendakwa Ahlul Sunnah Waljamaah mengamalkan cara hidup yang diajar Rasulullah ini??? Kesimpulannya PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERANI DAN BERAKHLAK ISLAM!!

Tuesday, April 28, 2009

DUNIA HIBURAN

salam...sudah lame aku sudah tidak mengink kan blog ku ni....fuh..ikutkan hati dah malas nak tulis blog ni..bcoz..aku bukanlah seseorang yg pandai mencari idea utk mencoretkan sesuatu di sini...main letak jer ape yg aku suke...hehe..ok lah..disebabkan di blog aku ni macam2ada...tazkirah ade,cerita aku ade dan gossip artis pon ade...ni aku nak kasi tunjuk kat sesiapa peminat ERRA FAZIRA dan ENGKU IMRAN..gambar anak mereka yg telah selamat dilahirkan:















ok..tadi kiter tunjuk gambar anak erra fazira dan engku imran,skarang nak tunjuk pulak gambar yg menimbulkan kontroversi antara nabil raja lawak dan irma hasmie,saksikan:


















fuh..ape nak jadi ngan anak mude zaman sekarang...peluk dan cium sudah menjadi trend anak remaja urban...ish3x...moge2 tak ler terikut2 perangai artis2 kite ni....

tag by diana

1.APAKAH E-MAIL KAMU?
::zita_15122yahoo.com

2.CIRI2 CALON SUAMI(soalan wajib)
::pilihlah calon pasangan hidup kamu dengan agamannya,hartanya,keturunannya dan ilmunya.

3.LAGU YG KAMU SUKA DENGAR BERULANG KALI
::of coz la faveret song..byk..malas nak listkan

4.UPLOAD GAMBAR FAVERET
::pelakon kesayangan n me myself n i

5.KALAU DIBERI PELUANG MENCURI KAMU NAK CURI APE?MENGAPA?
::kamera canon EOS 400D DIGITAL SLR....kerana suke snappy2..huhu

Monday, April 20, 2009

kembali semula..hua3x...

salam n hallo...huhu...setelah 4 hari aku meninggalkan dunia maya ku ini..rase macam tak best jer life..haha...i went away to kl...sajer g jejalan my second house there....huh..melepas jugak rinduku kpd nephews ku...afiq farhan n irfan daniel...

ni nak cakap n cerita ckit la kan...kedatangan ku ke kl baru2 ni..fuh..sangat mengejutkan aku dengan perubahan pak n mat guard di setiap kondominium n apartment yg aku lawat...fullamak...nsem tu wooo...tak mcm guard..but...they r not from malaysia laa....maybe from pakistan...so..nasihat aku kpd guard2 di kl yg mmg hensem...pegila balik ke tempat korang jadi pelakon or model....haha...nak gak tayang muke guard tu kat cni..but aku tak sempat nak snap gambar die aritu..biase la kan..guard kan jalan laju..hoho....

anyway..trip aku ke kl tak de la best sgt..mcm slaloo2 pegi jer..huhu...ok la...nothing to inform dah...enjoy ur life...

Wednesday, April 15, 2009

KENAPA LELAKI TAK BOLEH SETIA PADA YG SATU...HATIKU TAK OLEH DIUBATI LAGI...

Gracia Indri: Samuel Zylgwyn Nggak Ngebosenin

February 16, 2009 by

Hampir satu setengah tahun menjalin kasih, tak membuat gelora asmara di Gracia Indei dan Samuel Zylgwyn surut. Meski sudah tahu kejelekan dan kekurangan masing-masing, dua sejoli ini tetap mengumbar pujian bagi masing-masing pasangan.

Simak pernyataan Indri yang mengutarakan, Samuel Nggak pernah ngebosenin. Itulah pujian Indri yang ditujukan kepada kekasih tercinta. Di mata Indri pria keturunan Jerman itu tak memiliki kekurangan sedkit pun.

UHUK..UHUK...HATIKU SUDAH HANCUR BERKECAI...SEMUA TEMAN LELAKI KU SUDAH BERPALING ARAH...APAKAH KEKURANGANKU...WAAA..TAU LA AKU TAK CUN.....SAMUEL ZYLGWYN HECKENBUCKER...U BETTER WATCHOUT!!!!

p/s:sorry letak gamba maksiat ni...tak berniat nak jadi mcm tu..just macam2ada...nak kasi tunjuk kpd peminat samuel zylgwyn..hehe

Tuesday, April 14, 2009

AKU TAK BOLEH TERIMA!!!

SAM BUNKFACE AND JULIANA EVANS DATING BERSAMA...

Aku dapat tahu yang Juliana Evans dan Sam Bunkface pergi tonton gig bersama-sama di hujung minggu. Ada yang nampak mereka hadir berdua ketika itu. Mungkin diorang sekadar berkongsi minat muzik yang sama dan dah set untuk pergi ke gig bersama-sama. Apa-apa pun, kalau Sam Bunkface dan Juliana Evans bercinta apa salahnya. Biarkan saja. Jangan ada yang jeles pulak.. Hehehe..

WHAT A SHOCK NEWS!!!!RASE MACAM NAK NANGIS BILE TGK STATEMENT NI KAT SALAH SATU WEB GOSSIP NI....SAM..HOW COULD U DO THIS TO ME....UNFAITHFUL...AAAARRRRRGGGHHHHHH

Monday, April 13, 2009

kasi lagi tag..haha

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
dulu name blog ku hanya bm n arab je no english allowed..pas tu rase cam tak best...aku tkar mcm2ada..bcoz macam2 ada la dlm blog aku ni..hehe...
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
sorry..tak paham soalan laaa..hehe..bkn teror pon pasal blog ni...
3) Apakah ‘method’ penulisan dalam blog anda?
emm....tak de protokol...bahasa tunggang terbalik...bahasa pasar..n macam2ada..
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?Sebabnya?
tak tau lagi...tengok keadaan dulu....hanya waktu yg menentukannya...
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
owh...blog haha..best...byk informasi..n die la ajar aku pasal blog ni...hehe
6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag
>fatihah
>diana
>manusia
>manusia
>manusia...

Sunday, April 12, 2009

best jugak wat tag nie...

1)FOUR JOBS I'VE WANTED IN MY LIFE

>english or arabic lecturer
>chef
>samuel zylgwyn n richard kevin bodyguard
>jobs that give me millions of money!!


2)FOUR MOVIES I WOULD WATCH OVER AND OVER AND OVER

>school of rock
>a walk to remember
>john tucker must die
>acted by samuel zylgwyn heckenbucker


3) FOUR PLACES WHERE I HAVE LIVED

>perut mak saye
>taman kopi~1st house
>kondominium nilam puri~second house
>al madrasah al malkah taayah

4) FOUR TV SHOWS I LOVE TO WATCH

>cinta indah
>acted by samuel zylgwyn heckenbucker
>gilmore girl~long time ago
>one tree hill

5)FOUR PLACES I HAVE BEEN ON VACATION

>semenanjung malaysia
>singapore
>pulau perhentian~recently
>leaning tower of diamond bay~everyday

6) 4 WEBSITES I VISIT DAILY

>macam2ada
>friendster
>myspace
>tagged


rase cam best plak wat tag ni..hehe..to haha..always la tag me ya...ngeh3x....

Friday, April 10, 2009

tagged lg by haha....

5 things in my bag:
facial blotter(muke byk minyak)
wallet
handset
compact powder
license and ic

5 things in my wallet:
i luv money
ic
license
duit syiling
fren card
5 favourite things in my bedroom:
of coz la katil n tilam ku yg empuk....
meja solekku
buku2 yg tidak berusik
clothes
my barney

5 things I wish to do :
of coz la further study
g melancong
beli baju baru
sentiasa muhasabah diri
nak jumpe kawan2..rindu wo0o0
5 things I’m doing now :
surf internet
waiting for my flight
menulis blog yg merapu
membalas jasa parents
memaafkan dosa og len...hehe

5 people I would like to tag:
jesse mccartney
hillary duff
taylor swift
memey norman hakim
rihanna

Wednesday, April 8, 2009

TAGGED BY FATIHAH SULAIMAN@TEAH@HAHA...

1. What can you describe about w0rld?
TAK AMAN DAH DUNIA NI...PEACE...
2. how about l0ve?
TAK PENTING DALAM HIDUP AKU...KECUALI LEPAS KAHWIN
3. do you trust on ONLINE LOVE?
ABSOLUTELY...PERNAH BACE DALAM BUKU...
4. best love advice?
BERCINTALAH SELEPAS KAHWIN..ELAKKAN MENGHAMPIRI MAKSIAT..
5. when u fall in love
TAK INGIN LANGSUNG..
6. have you been hit by boy or girl?
FIKIR JAP!!!
7. my outstanding features are :
OF COZ LA GOOD DAUGHTER...
8. single and available?
SINGLE,CUTE,YOUNG,KIND n SO ON....HEHE..
NAK PERASAN JAP...
9. who do you want to tag?
>TEAH
>DIANA
>SAPE2 YG AKU RASE NAK LA...HEHE

NI FIRST TAG AKU DARI TEAH...HAHA...BOSAN LA DOK RUMAH...BAGI IDEA NAK BUAT APE???

TAZKIRAH HARI INI

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg tak nak belanja NOR NAZIHAH MOHD TAIB!!!

Tuesday, April 7, 2009

TAKBIR...ALLAHHUAKBAR...

ALHAMDULILLAH.....tak terkate kepada parti pakatan rakyat telah meraih undi yg sgt memberangsangkan di BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG....tahniah di ucapkan kepada DATUK SERI MOHAMNAD NIZAR JAMALUDDIN dgn majoriti sebanyak 2789 dan S.MANIKUMAR dgn majoriti sebanyak 2403....walaupun kalah di BATANG AI diharapkan supaya PAKATAN RAKYAT tidak berputus asa utk mengambil alih tempat berikut dan yg selainnyer...MyEm0.Com

fuh....bersyukur n syiok gler ble pakatan rakyat menang kat dua bukit ni..haha..rase cam nak gelak bile kwn aku kate pas n pkr dapat bukit..bn dpt batang jer...hua3x....tahniah le kpd najib yg dpt batang jer..hihi....sekurang2nyer dapat le jugak....MyEm0.Com

media elektronik ni tak adil betul..smalam tgk AWANI...si pemberita tu ntah sape name die..cakap pasal kat batang ai jer..ye la kan..dah tu je tempat yg bn menang smalam...pasal 2 bukit tu bukan nak wat ulasan..hehe..pasal bn dah kalah kat ctu....MyEm0.Com

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA PAS DI BUKIT GANTANG DAN PKR DI BUKIT GANTANG..KEPADA BN DI BATANG AI TAHNIAH LA JUGAK KAT KORANG COZ DAH BERJAYA MENABUR JANJI PALSU KORANG KAT CTU...MyEm0.Com

Monday, April 6, 2009

CT JUMPE NIK AZIZ BEB....

Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas "sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut", lapor Harakahdaily.net.

Selepas kunjungan bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, beliau dilaporkan menzahirkan rasa syukur kerana hasratnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa," beliau dipetik berkata.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi."

Siti Nurhaliza menambah, mursyidul am PAS seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Menurut laporan akhbar rasmi parti itu, pertemuan di pejabat menteri besar di Kota Bharu berlangsung kira-kira setengah jam.



Penyanyi manis ini - lebih mesra dengan panggilan Siti - mengambil peluang bertemu Nik Abdul Aziz selepas diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti Nurhaliza dan tokoh PAS itu bertukar-tukar cenderahati.

Kakitangan pejabat menteri besar dan pejabat berdekatan di Kota Darul Naim turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar, lapor laman web itu lagi.
HAK3X..HARAP2 LEPAS JUMPE NIK AZIZ PAKAI LER TUDUNG U PNUH2...DAPAT HIDAYAH...


Sunday, April 5, 2009

TEST MOTORKU YG HAMPEH.....

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrggggggghhhhhhhhhhh....bencinyer.....pagi tadi punyer ler semangat nak pergi test motor.....berkobar2...bile dah balik dari test...hampeh..rase cam nak sepak jer sume orgMyEm0.Com..kecuali mak ayah aku larr....

pagi tadi sampai ke imi dalam pukul 8.30 pg...aku antara org yg terawal laa.....so...bile dah awal..dapatler test awal...punyer le gabra nak tungu si jpj tu dtg sampai nak #*&%$*& aku di buatnyer....

tibe2...kedatangan kehormat sudah sampai..lg la rase cam nak$#@*&% pulak...aduh...takpe2..aku selawat byk2...aku yakin bleh buat...coz aku ade keyakinan pasal aku dah lulus test kete....n selame ni latihan aku wat ok jer...

"ok,sape no 6..ambil moto ni"kate seorg pakcik i.m.i ni....aku pon terketar2 kaki nak g ke moto tu..nasib bek dpt moto baru......huh...ok..aku pon nek le moto tu...dan sumenyer berjalan ngan lancar....tapi..bile dah habis..aku dpt rasekan yg aku tak berapa yakin ngan cara aku bawak...MyEm0.Com

"sape yg sudah g tunggu kat tempat motor sane tu utk amik keputusan"pak cik tu ckp lg...aku pon g la sane....tunggu punyer tunggu nak amik keputusan test..ade seorg pakcik ni tegur"kamu rase lulus ke tak??"emmm...aku pun jawab"tak tau la...tak yakin sgt la"...lepas tu lg sorang tegur"jgn le wat muke risau...wat biase jer.."pakcik tu gelakkan aku...pakcik tu ulang2 ape yg die ckp kat aku....

perghhhhh!!!abang yg bawak keputusan dah dtg dgn lenggang lenggok nya...."ok..sape no 6"aku pun mengaku ler..."saya pak cik"...."mari sini"aku dgn terkejutnyer melihat keputusan test moto aku....."%$@*&#%$"teke ler sendiri...

ceh...5.8 saat pon nak berkira ke....arrrggghhhhh....aku malas nak pergi latihan n test lg skali dah.....waaaaaaaaaaaaaaaaaa....hanya kerana 5.8 saat aku kene ulang balik dan bayar rm40....aku bleh beli nasi lemak blakang umah 40 bungkus..lagi bagus...perut aku kenyang..badan pon leh jadi lg comel...fuh....MyEm0.Com

Saturday, April 4, 2009

walaupun.......

walaupun laguku berbahasa inggeris...tapi penulisan di dlm blog ku ni tetap berbahasa melayu..bahasa ibundaku...atau bahasa arab..bahasa syurgaku...aku hanye berbahasa inggeris ketika bercakap di rumah atau menyanyi...bukan dalam blog ini...hoho...nak tau mengape?????


bi ku hampeh!!!!malu wooo kalo tayang bi aku dlm blog ni..MyEm0.Com

hari ni hati tak suke....

aduh....hari ni aku rase cam life tak best mcm slaloo....ngape ek???pasal dok fikir:

aku mau makan
ku ingat kamu
aku mau tidur
ku ingat kamu
aku sedang sedih
ku ingat kamu
oh MESIR..menapa aku slaloo ingat kamu????
(lagu ni petikan lagu maia(indon)>>ku ingat kamu)

waaaaaaaarrggghhhhh......tgh menghitung hari nak g tinggalkan mesia nie.....ceh...cam konfem jer pegi!!!!hehe....kite hanyer merancang ALLAH yg menentukan....MyEm0.Com

Friday, April 3, 2009

ish3x...elakkan maksiat...

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI




Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.



BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN

aduh...kene kejar anjing pg tadi....

fuh...bongok btul anjing tuh...dah lah hodoh..ade hati nak kejar aku....alkisahnyer begini.....

setelah mak ku pegi kerja..ayah aku suruh ler g tutup pagar...aku dgn taatnyer pegi la tutup pgar...tibe2..aku dpt rasekan udara pagi tadi amatlah nyamannyer...so...aku wat keputusan nak g ronggeng2 jap nek motoMyEm0.com..hehe....coz nak hirup udara segar..ngeh7x...

tgh2 bawak moto tu..tibe2 aku nampak simpang yg menarik utk aku masuk...aku pown masuk ler lorong tu yg ade byk gler anjing...haha...tak sedar plak byk banjingan di ctu..hoho...aku ape lagi buat ler corner maut nak patah balik...dah la kat dgn simpang....anjing tu g kejo aku...hampeh tol...tau la aku ni comel;)...dah le kejor aku punyer le lame....fuh...dengan berkat doa ku di atas moto tu..trus anjing hodoh tu tak kejar dah...hehe....ape lagi pas tu...trus la balik umah dgn hati yg membara....

so..ni pesanan utk para pemilik anjing:sila latih anjing anda utk mengejar perempuan yg tak comel saje...MyEm0.com

Thursday, April 2, 2009

ASSALAMUALAIKUM....satu permulaan..heheh...

"hak3x"...Pembuka kata dari ku...rase mcm lawak gler buat blog ni...selame ni bace jer blog org...ni pengalaman pertama aku ber blog ni.....ni sume atas paksaan seseorg yg aku nak glamerkan dirinyer di blog aku nih..hehe...tapi aku tau die takkan glamer coz aku rase die sorang jer yg bace blog aku nih..hua3x....sorry yer teah...ni ler gerangan manusia nyer yg menyuruh aku wat blog.....

dlm blog aku nih...tak de bahasa inggeris yg dbenarkan....nak mogok ppsmi....hua3x...aku wat blog ni walau atas arahan "TEAH" rase cam best plak...bleh merapu n kongsi ceriter ngan kengkawan...kalo sudi arr....emmmm....aku tak de la kreatif mane nak wat ayat yg cam best jer dlm blog aku ni....dan..aku tak ler pandai mane nak wat ayat power....

okeh....ni nak seru kepada batch aku 2003-2007 taayah..meh le wat blog cam aku ni haaa...hehe...teah dah suru aku wat....skang ni aku plak suruh kwn2 aku yg len wat..hehe....maap le...care aku tulis telah melanggar undang2 tatabahase dan ejaan....dan tak de protokol pown dlm blog aku yg "ba*#*ng"....saje nak buang mase....ok laa....tk tau nak merapu aper dah....challo bette...MyEm0.com